Turing HubblePhone : Peranti Skrin Boleh Lipat Multi-Dimensi Bakal Hadir Pada 2020

Turing Robotics Industries(TRI) merupakan sebuah syarikat terkemuka yang sering terlibat dalam membangunkan teknologi berkaitan peranti mudah alih. Kini, mereka dikatakan bakal hadir dengan sebuah peranti boleh lipat multi-dimensi menjelang tahun 2020.



Pengumuman itu dibuat dan dilaporkan oleh HotHardware baru-baru ini. Turing sebelum ini pernah beberapa kali hadir dengan telefon pintar konsep namun masih gagal untuk menghasilkan pernti-peranti berkenaan.

Malah, mereka turut pernah memfailkan notis muflis pada awal tahun ini. Akan tetapi , sifat mereka yang enggan mengaku kalah harus dipuji dengan pengumuman peranti HubblePhone ini. Ia dikatakan akan disokong oleh cip pemprosesan Snapdragon 855, yang masih belum dilancarkan oleh Qualcomm sendiri.



Tambahan lagi, jika melihat kepada imej yang dikeluarkan, peranti ini tidak ketinggalan untuk menggunakan rekaan takuk. HubblePhone ini turut dilaporkan akan didatangkan bersama kamera sehingga 60MP dengan 15 kali optikal zoom.

Peranti ini juga diramal untuk hadir dengan sokongan sambungan 5G kerana teknologi tersebut dijangka akan mula digunakan seawal tahun hadapan.

Turing turut membuat kenyataan berani apabila telah menetapkan bahawa peranti ini akan hadir di pasaran Amerika Syarikat pada Jun 2020, Eropah(Ogos 2020), China(September 2020), dan pasaran lain pada Disember 2020, dengan harga $2,749(~RM 11,195).

Sumber