Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tunjukkan Bakat Terpendam Anda Dan Menangi TV 4K Dengan Kempen vivo Ini

Tunjukkan Bakat Terpendam Anda Dan Menangi TV 4K Dengan Kempen vivo Ini

Diterbitkan Mac 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Adakah anda seorang yang mempunyai bakat terpendam? Ini adalah peluang anda kerana vivo baru-baru ini mengumumkan kempen #vivoWithTheFlow.

Kempen yang dijalankan dengan kerjasama Celcom ini adalah bertujuan untuk meraikan bakat yang ada dalam rakyat Malaysia terutama semasa situasi sekarang.

Dengan kempen ini, vivo mengajak anda untuk berkongsikan video pendek atau mengambil gambar kemahiran yang anda temui semasa berada di rumah.

Sebagai contoh, anda boleh pamerkan kemahiran melukis, memasak, menari atau apa-apa sahaja.

Sekiranya berminat, anda perlu membuat pembelian telefon vivo menerusi pelan pascabayar Celcom MEGA.

Tunjukkan Bakat Terpendam Anda Dan Menangi TV 4K Dengan Kempen vivo Ini

Kemudian, anda hanya perlu memuat naik rakaman atau gambar di akaun Instagram atau Facebook. Pastikan akaun dalam tetapan ‘Public‘.

Seterusnya, jangan lupa untuk memasukkan kapsyen dan tanda pagar #vivoWithTheFlow. Nyatakan sekali dalam kapsyen, mengapa anda layak untuk memenanginya.

Tambahan lagi, kapsyen yang kreatif dan unik, bakal menerima markah lebih dalam kempen ini.

Peserta yang menerima jumlah likes yang banyak berpeluang memenangi Philips Android TV 4K 55 inci beserta Philips soundbar speaker. Kempen ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 15 April 2021.

Sumber: Siaran Akhbar vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY