Tunjuk Skil 'Mobile Photography' Anda Dalam Pertandingan Seni Fotografi Publika Hari Malaysia 2019

Kepada anda yang minat atau mula berkecimpung dalam dunia 'mobile photography', kami ada terjumpa satu acara menarik untuk anda, iaitu Pertandingan Seni Fotografi Publika Hari Malaysia 2019.

Dengan bertemakan 'SAMA-SAMA', pertandingan ini dibuka ke pada umum bermula pada 20 Julai ini sehingga 20 Ogos 2019. Pemenang akan diumumkan pada 22 Ogos 2019.



Pemenang akan menerima hadiah utama berupa wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM2,000 untuk tempat kedua dan ketiga manakala 7 hadiah saguhati RM500.

Pertandingan ini berhajat memberi perhatian kepada "Insan-Insan Malaysia" - sama ada mereka warganegara ataupun tenaga kerja asing yang turut membangun negara bersama-sama.

Anda boleh rujuk Pertandingan Seni Fotografi Publika Hari Malaysia 2019 untuk maklumat dan info dengan lebih lanjut. Semoga berjaya.