Terbaru, TuneTalk memberikan potongan harga bagi langganan tahunan pelan Tune Unlimited. Terhad untuk hari ini sahaja (22 Oktober 2020), Tune Unlimited ditawarkan pada harga RM399 setahun.
Ia memberikan penjimatan sebanyak RM177 dari harga asal iaitu RM576. Berbanding RM48 sebulan, kos bulanan dapat dijimatkan dengan RM33.25 sebulan.
https://twitter.com/TuneTalk/status/1318777511904378880
Bagi anda yang belum tahu, pelan Tune Unlimited menawarkan kelajuan 6Mbps, panggilan tanpa had untuk kesemua rangkaian, dan juga 5GB hotspot. Tune Talk meletakkan polisi FUP sebanyak 100GB dalam masa sebulan. Jumlah ini kemudiannya akan disegar semula untuk kitaran bulan yang seterusnya.
Jika mencecah sebanyak 100GB, kelajuan dari 6Mbps akan dikurangkan kepada 64kbps dengan kuota 10GB internet asas.
Untuk mendapatkan harga istimewa ini, layari airasia.com dan masukkan kod "SUPER50" semasa pembayaran.
Berkaitan
- Kementerian Komunikasi Dan Digital Siasat Dakwaan Insiden Ketirisan Data Penumpang AirAsia
- AirAsia Lancar airasia Health - Platform Digital Yang Menawarkan Perkhidmatan Perubatan
- BigPay Kini Diintegrasi Dalam airasia Superapp, Ini Cara 'Link' Akaun
- Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai AirAsia Unlimited Pass
- AirAsia Tawar Pas Penerbangan Domestik Tanpa Had Pada Harga RM399
- Kini Lebih Mudah, AirAsia Perkenal Khidmat Panggilan Dan Penjejakan Tunturan Bayaran Balik
- Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Beberapa Penerbangan Pada 18 April
- Baucar RM50 Cuti-Cuti Malaysia AirAsia Kini Sudah Boleh Ditebus
- AirAsia Tawar Tempahan Penerbangan Dan Hotel Secara Kombo Melalui SNAP