Tune Talk Beri 2GB Data Percuma Sebagai Tanda Minta Maaf Rangkaian Bermasalah

Sebagai penyedia rangkaian mudah alih, amat penting untuk pengendali memberikan perkhidmatan yang lancar tanpa sebarang gangguan kepada pengguna. Namun sekiranya berlaku masalah, permohonan maaf wajar dibuat dan itulah yang dilakukan oleh Tune Talk.



Dalam memahami aduan yang diterima daripada pengguna, Tune Talk hari ini mengumumkan tawaran 2GB data internet percuma akan diberikan kuota data seterusnya sebagai tanda permohonan maaf daripada mereka.