Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TUNE PROTECT_Logo 2019

Tune Protect Hadir Dengan Aplikasi Mudah Alih – Mudahkan Urusan Insurans Secara Digital

Diterbitkan September 4, 2020 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini syarikat insurans digital Tune Protect Group Bhd telah melancarkan aplikasi mudah alihnya, Tune Protect App.

Aplikasi tersebut dilengkapi dengan fungsi pembelian dan tuntutan untuk pelanggan dalam peranti, memberikan mereka pengalaman yang berbeza dan lancar untuk menguruskan insurans mereka sendiri secara digital, bila-bila masa atau di mana sahaja.

Tambahan lagi, pelancaran aplikasi ini tepat pada waktunya, terutama dengan norma baharu dimana pelanggan melakukan dan mengurus transaksi insurans mereka secara dalam talian.

Ciri-ciri yang terdapat di dalam aplikasi tersebut adalah:

  1. Beli Insurans Dalam Talian
  2. Pengurusan Polisi
  3. Penyerahan & Status Tuntutan
  4. Pengurusan Profil & Pengesahan Pengguna
  5. Pangkalan Pengetahuan
  6. Hubungi Khidmat Pelanggan

PIC_Tune Protect_Mobile App Overview

Pelanggan juga boleh mendapatkan akses ke gaya hidup dan produk dalam talian dengan mudah seperti Travel Easy, Motor Easy, PA Easy (Personal accident) dan lain-lain.

Selain itu, ia membolehkan pelanggan bertanggungjawab dan mengawal polisi insurans mereka dengan hanya beberapa klik pada peranti mudah alih mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY