Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PIC_Tune ProtectxBOXKU_002 wide

Tune Protect Beri Insurans Untuk Parcel Yang Dihantar BOXKU

Diterbitkan November 30, 2020 oleh Amsyar Latif

Tune Insurance Malaysia Berhad atau Tune Protect hari ini mengumumkan kerjasama dengan BOXKU.

PIC_Tune ProtectxBOXKU_002

BOXKU adalah sebuah syarikat penyatuan bungkusan berasaskan aplikasi mudah alih Malaysia dan penyedia penghantaran di Malaysia untuk laman e-dagang seperti Taobao, JD.com dan Tmall.

Menerusi ini juga, pelanggan dapat membeli insurans serendah RM1 mengikut jumlah parcel dengan nilai perlindungan sehingga RM250,000.

Pelanggan akan mendapat perlindungan bagi parcel yang hilang atau tidak diterima daripada BOXKU.

PIC_Tune ProtectxBOXKU_001

Perlindungan insurans yang dibayar adalah berdasarkan nilai pembelian bungkusan ditambah 10% untuk kos dan perbelanjaan pengangkutan.

Sebagai contoh, nilai bungkusan RM180 dan nilai yang diinsurankan adalah RM198. Maka cas premium dikenakan RM1 dan pelanggan boleh membuat tuntutan RM198 sekiranya berlaku kerugian.

Tambahan lagi, kerjasama ini dilihat dapat membantu pelanggan untuk berbelanja dengan tenang terutama musim sekarang yang memerlukan pelanggan perlu membeli barang dalam talian.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY