Tukar Latarbelakang Telegram Dengan Imej Yang Lebih Menarik

Telegram, baru-baru ini telah menghadirkan kemaskini versi 5.3, ia menyertakan ciri mengubah latarbelakang ruang perbualan dengan imej yang lebih menarik.



Bagi anda yang sudah bosan dengan latarbelakang sedia ada dan mahu tukarkan kepada yang lebih menarik, boleh ikuti langkah-langkah mudah ini.

Latarbelakang bergambar

  • Buka aplikasi Telegram

  • Pergi ke bahagian Setting > Chat Settings > Chat Background

  • Anda boleh memilih imej yang disediakan oleh Telegram atau dari storan telefon pintar atau juga dari internet dengan cara membuat carian  dibahagian kanan atas.

  • Setelah gambar dipilih, terdapat pilih Blurred untuk kesan kabur dan Motion untuk imej yang bergerak jika anda menggerakkan telefon pintar.


Latarbelakang warna

  • Selain latarbelakang imej, anda juga boleh menetapkannya dengan warna.

  • Terdapat dua pilihan;  Color untuk tonawarna yang lebih spesifik dan juga Pattern untuk menetapkan corak pada latarbelakang.


Selepas tetapan atas dibuat, bolehlah klik butang Save dan Set Background.

 

Berkaitan