Selepas tujuh tahun beroperasi, IBM akan menutup Pusat Penyampaian Globalnya yang bertempat di Cyberjaya pada 31 Mei.
Walau bagaimanapun, IBM memberitahu melalui The Edge, operasi IBM lain di Malaysia tidak akan terkesan terhadap penutupan ini.
Mereka masih lagi akan meneruskan untuk membangun serta membantu pelanggannya dalam teknologi cloud hybrid dan kecerdasan buatan (AI).
Tambahan lagi, jurucakap IBM juga enggan memberitahu berapa ramai pekerja yang akan hilang pekerjaan dengan penutupannya dan difahamkan lebih daripada 1000 pekerja akan terkesan.
Meskipun begitu, ibu pejabat IBM yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya masih lagi beroperasi seperti biasa.
Dalam pada itu, IBM bukanlah syarikat multinasional pertama yang keluar dari Cyberjaya kerana menurut TelcoTitans, syarikat IT Jerman, T-Systems menjual perniagaannya kepada Quintephi Sdn Bhd pada November tahun lalu.
Buat makluman, IBM di Cyberjaya telah memberikan perkhidmatan berkualiti dalam bidang pengurusan platform perisian, sistem operasi pelayan, pengurusan keselamatan dan risiko, dan pengurusan projek.
Sumber: The Edge Markets
Foto utama: