TSMC Dan Foxconn Adalah Antara Syarikat Yang Berminat Mengambil Alih ARM

Softbank kini dilaporkan telah menghubungi Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) dan Foxconn untuk penjualan ARM. Ia dikatakan telah merancang penjualan pegangan syarikat semikonduktor dan pembuat cip terkenal itu, dengan beberapa nama besar dalam industri adalah antara pembeli yang berpotensi.



Pada tahun 2016, Softbank Group telah membeli ARM pada nilai $32 bilion. Kini, laporan Nikkei Asian Review mendedahkan TSMC dan Foxconn telah diberikan data kewangan dan unjuran terpilih untuk menilai pemerolehan atau pelaburan. NVIDIA juga dilaporkan telah menerima data yang sama.

TSMC dan Foxconn turut dikatakan menunjukkan minat dalam perbincangan tersebut. Sementara, NVIDIA mempertimbangkan tawaran itu melalui pendekatan yang lebih serius dengan pembelian yang lengkap berbanding hanya menerima pegangan syarikat.

Dalam pada itu, TSMC menyatakan mereka masih belum mempunyai perancangan untuk melabur pada ARM buat masa ini. Syarikat itu juga tidak memaklumkan jika Softbank ada menghubungi mereka berkaitan penjualan ini. Foxconn pula memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenainya.

Sumber: Nikkei Asian Review via GizmoChina