Trump Sambung Sekatan Keatas Huawei Sehingga Mei 2021

Sejak dikenakan sekatan dari berurusan dengan syarikat teknologi dari Amerika Syarikat, ramai yang masih tertanya-tanya bilakah tindakan itu akan ditarik balik.

Nampaknya, perkara ini tidak akan berlaku dalam tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi selepas Amerika Syarikat melanjutkan sekatan tersebut sehingga Mei 2021.

Senarai hitam dari Jabatan Perdagangan AS ini memperlihatkan Huawei dan ZTE dilarang daripada berurusan dengan syarikat berasal daripada negara tersebut. Dengan kata lain, penawaran peranti-peranti Huawei sepanjang tempoh ini masih lagi tidak dilengkapi dengan GMS dan sewaktu denganya.

Dalam pada itu, kita boleh menjangkakan bahawa Huawei akan lebih giat menambah baik sistem operasi mereka, HarmonyOS, dimana ia mungkin hadir lebih meluas pada tahun ini. Pada yang sama, Huawei juga akan memastikan aplikasi AppGallery dapat ditingkatkan lagi penawaran aplikasi  kerana rata-rata pengguna masih bergantung penuh pada perkhidmatan yang dibangunkan oleh Google.

Sumber: WhiteHouse