Trump Berulang Kali Bertanya NASA, "Kenapa Angkasawan Tidak Dihantar Saja Terus Ke Planet Marikh?"

To get to Mars, you have to land on the Moon" NASA.


Tidak ketinggalan dalam meraikan ulang tahun ke-50 misi NASA Apollo 11 yang berjaya mendaratkan manusia ke bulan minggu ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menjemput sebilangan kakitangan atasan NASA ke pejabat Oval di Rumah Putih semalam.

Pada perjumpaan itu, Presiden Trump telah mengambil peluang bertanyakan beberapa soalan kepada pihak NASA. Daripada soalan-soalan yang dilontarkan, soalan "mengapa tidak hantar manusia terus saja ke planet Marikh" adalah yang paling kerap diulang.

Ia berdasarkan laporan yang dirakamkan oleh Politico yang ditanya Trump kepada Pentadbiran NASA, Jim Bridenstine, “Any way of going directly without landing on the Moon? Is that a possibility?”

https://twitter.com/politico/status/1152268834683797504?s=20

Membalas pertanyaan tersebut, Bridenstine menjelaskan, pendaratan di bulan adalah sebagai paltfom bukti kukuh kemampuan untuk meneroka sehingga ke planet Marikh. Ia sekaligus membolehkan pihak jurutera NASA melakukan ujian terhadap teknologi yang diperlukan bagi mengetahui keperluan manusia untuk mereka hidup di planet merah itu.

Beliau menambah, “The challenge is if we go direct to Mars, there’s going to be a lot of things that we haven’t yet proven out.

Kemudian sekali lagi Trump bertanya, “So you feel that really landing on the Moon first and figuring it out and getting ready to launch — and you would like to, you really feel launching, you’re essentially launching from the Moon to Mars?

Bridenstine membalas, “The best way to think about it is we learn how to live and work on the Moon, but we launch to Mars from a space station that we have in orbit around the Moon — a space station we call Gateway,

Jawapan yang diberikan oleh Bridenstine itu menggambarkan NASA memang mempunyai pelan yang benar-benar akan membawa manusia ke planet merah itu.

Pada Disember 2017 lalu, Trump telah menandatangani polisi program angkasa lepas A.S di mana mereka akan menghantar semula angkasawan ke bulan. Pihak NASA juga memberitahu bahawa mereka sedang merangka program perancangan bagi misi ke planet Marikh dan menjangkakan akan diumumkan kepada umum dalam beberapa bulan akan datang.

Sumber: The Verge

Berkaitan