Truecaller Memperkenalkan Ciri 'Flash Messaging' Untuk Peranti iOS

Kini pengguna aplikasi Truecaller di peranti iOS boleh mengemaskini aplikasi tersebut. Kemaskini terbaru aplikasi ini membawakan penambahan ciri 'Flash Messaging' yang membenarkan pengguna menghantar mesej balas secara pantas dan beberapa penambahbaikkan lain.

Ciri ini dilihat dapat membantu pengguna yang tidak dapat menjawab panggilan telefon, seperti dalam mesyuarat. Seperti contoh anda tidak dapat bercakap lama dengan si pemanggil, jadi bolehlah guna ciri ini untuk membalas secara pantas dan ringkas seperti 'Yes', 'No', 'Ok', kongsi lokasi, mesej 'call back', emoji atau menulis mesej ringkas sendiri.



Kemaskini ini pada mulanya ditawarkan untuk pengguna Android dan didakwa mempunyai lebih 6 juta pengguna ketika ini.

Truecaller merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengetahui siapakah pemanggil – melalui integrasi data daripada beberapa sumber. Aplikasi Truecaller ini dilihat sangat berguna ketika anda menerima panggilan daripada scammer dan skim cepat kaya, dimana ia secara automatik akan menolak panggilan tersebut. Malah SMS tentang peraduan menang 1 juta juga dapat dikesan.

Bagaimana nak hantar mesej Flash ni?


Pergi ke bahagian "Contact Tab" dan tekan ikon flash yang dipaparkan.



Tapi anda perlu aktifkan ciri ini terlebih dahulu.

 

iPhone:  More > Settings > Availability

Android: Menu > Settings > General

Sumber