Tri-Kamera OnePlus 7 Pro Kalahkan Mate 20 Pro Dan Galaxy S10 Plus Dalam Kedudukan DxOMark

Mungkin ambil pusing dengan penawaran model sebelumnya yang kurang mengujakan sesetengah pengguna, OnePlus dilihat berjaya menghasilkan peranti terbaik menerusi model OnePlus 7 Pro.

Salah satu bahagian yang mencuri tumpuan adalah tri-kamera  yang mana berdasarkan penilaian DxOMark, ia dilihat berada dibawah Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G.



Model-model terdahulu dari OnePlus sebelum ini baik tetapi kualiti kameranya masih belum mampu bersaing rapat dengan peranti kelas atasan dari Huawei, Samsung serta Apple.



Menurut DxOMark, OnePlus 7 Pro memberikan aksi baik dalam perincian pada pelbagai tahap pencahayaan tetapi sedikit kurang mantap ketika zoom.



Rakaman video pula diberikan 98 mata, lebih sedikit dari Huawei P30 Pro tetapi dibawah Samsung, disebabkan kurangnya penstabilan.



Ujian kamera hadapan pula memperlihatkan keputusan biasa tetapi mata yang diberikan masih berada dalam 10 peranti terbaik.

Sumber: DxOMark