Trend Kamera 64 Megapiksel Semakin Menjadi Ikutan, Ketahui Kenapa Anda Memerlukannya

Awal tahun ini fenomena 48MP menjadi perbualan hangat dalam industri telefon pintar. Kini, 48MP adalah hidangan biasa yang kita boleh lihat di kebanyakkan telefon pintar.

Memandangkan kamera 48MP sudah menjadi kebiasaan, Xiaomi pula mencanakkan kehangatan dengan memperkenalkan kamera dengan sensor sebesar 64MP melalui Redmi Note 8 Pro.

Jika anda seperti saya, seorang yang mempunyai sifat ingin tahu, anda mungkin tertanya-tanya apa yang menarik tentang kamera 64MP dan kenapa kita perlukannya?

Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, disini saya akan mengepil beberapa gambar yang diambil oleh kamera 64MP dan membandingkannya dengan gambar 16MP menggunakan Redmi Note 8 Pro.



Perbezaan gambar yang diambil oleh mode 64MP (kiri) dan mode normal 16MP (kanan) apabila di-crop. Jelas kita dapat lihat gambar yang diambil melalui mode 64MP memberi perincian yang lebih kemas manakala mode 16MP dilihat bergerutu dan pixelated.



Kita lihat pula gambar perbandingan kedua. Jelas kita dapat lihat gambar menggunakan mode 64MP menghasilkan imej yang lebih tajam. Perkataan dapat dilihat dengan lebih jelas. Akan tetapi saya perhatikan dalam mode 16MP warna lebih pekat manakala gambar kehilangan warna pada mode 64MP.





Kita teruskan pula perbandingan pada waktu malam. Sebelum itu anda perlu tahu, melalui sensor Samsung ISOCELL GW1, bilangan piksel dihasilkan melalui teknologi yang dipanggil Pixel Binning.



Melalui Pixel Binning ini, blok 2X2 dibahagikan kepada 4X4 untuk menghasilkan bilangan piksel lebih tinggi. Untuk memudahkan pembaca, saiz piksel dalam mode 16MP adalah lebih besar iaitu 0.8µm manakala 64MP pula adalah 1.6µm



Jika diperhatikan, gambar dihasilkan melalui mode 64MP dapat mengekalkan perincian di bahagian garisan banggunan. Akan tetapi gambar melalui mode 16MP adalah lebih terang menghasilkan gambar yang lebih sedap mata memandang.

Seperti yang diperkatakan sebentar tadi, mode 16MP mempunyai saiz piksel yang lebih besar, membenarkan lebih banyak cahaya lantas menghasilkan gambar yang lebih baik walaupun kehilangan sedikit perincian.

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Dengan Kamera 64MP?


Ia bergantung pada penggunaan masing-masing. Tetapi pada saya kamera 64MP adalah sangat sesuai kepada anda yang mahu mencetak hasil karya ke dalam bentuk fizikal seperti poster dan sebagainya.

Pihak Xiaomi turut memberitahu, melalui kamera 64MP pengguna mampu mencetak poster setinggi 3.2 meter tanpa kehilangan perincian-seperti gambar dibawah.



Selain itu, anda juga boleh crop sebahagian gambar tanpa perlu risau tentang kehilangan perincian gambar. Maka dengan itu, anda dapat jangkakan keupayaan penzumannya adalah memuaskan melalui penstabilan imej elektronik.



Xiaomi Malaysia kini turut sedang menganjurkan pertandingan #PoseAndWin. Melaluinya, anda semua berpeluang untuk memenangi peranti berkenaan.



Jika berminat untuk menyertainya, anda hanya perlu ikut 4 langkah mudah ini:

  1. Check in di stesyen LRT #PasarSeni dan #MasjidJamek

  2. Bergambar secara individu mahupun berkumpulan dengan Mega Poster KLCC yang berada pada salah satu lokasi diatas

  3. Muat naik gambar tersebut di laman Facebook anda dan tetapkan pada tatapan umum

  4. Jangan lupa untuk menggunakan tanda pagar #64MPMemangShiok #LiveToCreate #RedmiNote8Pro #XiaomiMY




Redmi Note 8 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci FullHD+ LCD. Mempunyai 4 kamera belakang dengan 64MP kamera utama, 8MP sudut ultra lebar, 2MP makro dan 2MP sensor data jarak manakala 20MP untuk kamera swafoto.

Manakala untuk Redmi Note 8, ia hadir dengan skrin 6.3 inci FullHd+ LCD dikuasakan oleh cip Snapdragon 665 dan bateri 4,000mAh. Tetapan 4 kamera belakang adalah sama dengan model Pro, cuma kamera utamanya menggunakan 48MP. Kamera swafoto pula bersaiz 13MP.

Untuk Xiaomi Redmi Note 8 Pro,  harga yang ditawarkan adalah bermula RM1,099 untuk varian 6GB/64GB dan RM1,199 untuk varian 6GB/128GB. Xiaomi Redmi Note 8 pula boleh dibeli bermula pada harga RM599 (3GB/32GB), RM799 (4GB/64GB) dan RM899 (4GB/128GB).

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Xiaomi Malaysia dan Mi Store yang berdekatan. Kepada kaki shoping online, anda boleh membeli di laman rasmi Mi Store Lazada dan Shopee.