Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Train To Busan ‘Peninsula’, Nafas Baru Kepada Industri Filem

Train To Busan ‘Peninsula’, Nafas Baru Kepada Industri Filem

Diterbitkan Julai 23, 2020 · Dikemas kini Julai 23, 2020 oleh Nadiah Ab

train to busan peninsula

Filem sekuel ‘Train to Busan’, ‘Peninsula’ arahan Yeon Sang-ho telah membawa nafas dan harapan baru kepada industri filem Korea Selatan. Filem thriller yang dibintangi oleh Gong Yoo itu dilaporkan berjaya mengutip sebanyak $13 juta (~RM55 juta) pada hari pertama tayangannya.

Di Taiwan pula, filem ini berjaya mengutip sekurang-kurangnya $5 juta (~RM21 juta) termasuk Malaysia, Singapore, dan Vietnam. Secara global, Peninsula telah menghasilkan $750,000 (~RM3 juta) dari tayangan di IMAX menjadikan jumlah kutipan IMAX $1 juta (~RM4 juta). Jumlah ini merupakan jumlah yang pertama IMAX peroleh sejak kali terakhir pengunjung menonton wayang iaitu pertengahan bulan Mac yang lalu.

Train To Busan ‘Peninsula’, Nafas Baru Kepada Industri Filem

Filem aksi seram itu mengisahkan tentang perjalanan kereta api yang diuji dengan kehadiran para zombi. 4 tahun berlalu sejak “Train to Busan,” Peninsula menampilkan Gang Dong-won sebagai askar yang berjaya melepaskan diri dari Korea Selatan yang penuh dengan zombi.

Kerajaan negara itu juga telah musnah menjadikan negara tersebut menjadi kumuh. Ketika dia dihantar kembali ke Korea untuk mengambil sesuatu yang bernilai, tentunya ia menjadi sukar disebabkan keadaan orang sekeliling.

Saksikan filem ‘Peninsula’ di panggung wayang berdekatan anda!

Sumber: IndieWire

Baca seterusnya: Filem Aksi Hebat Yang Didominasi Oleh Pelakon Wanita

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY