Untuk PES 2017 versi PC yang lepas, peminat agak kecewa kerana pihak Konami telah mengurangkan kualiti grafik untuk platform itu berbanding platform konsol.
Versi PES untuk platform PC kali ini berbeza kerana Konami menjanjikan kualiti grafik setanding dengan platform lain.
Terdapat beberapa perkara yang Konami tekankan untuk versi PES terbaru mereka.
Antaranya ialah:
Kawalan Permainan
- Strategic Dribbling yang memberi pemain lebih kawalan di dalam posisi dengan tambahan perlindungan kontekstual untuk melindungi bola
- Real Touch + yang menambah dimensi terbaru mengawal bola dengan membolehkan penggunaan anggota badan untuk mengawal pergerakan bola.
- Set piece juga diubah bersama dengan sistem penalti dengan pilihan untuk memilih seorang pemain baru semasa kick off.
Penambahbaikan Visual
- Real Capture membantu mencipta suasana realistik semasa perlawanan.
- Suasana stadium yang lebih realistik dengan pencahayaan stadium, keadaan padang dan juga terowong pemain diambil sebanyak 20,000 element yang dikutip di Stadium Camp Nou dan Signal Iduna Park.
- Pergerakan pemain ditangkap di dalam suasana realistik membolehkan sistem animasi permain setanding dengan suasana sebenar.
- Model pemain juga ditambah baik sehingga butiran kit baju pemain diperhalusi sambil memaparkan tattoo badan pemain yang terlibat.
Mod Kerjasama Atas Talian
- Satu mod permainan baru ditambah membolehkan anda bermain dengan rakan anda secara kerjasama antara 2v2, dan 3v3.
Mod Baru
- Mod RANDOM SELECTION MATCH kembali atas permintaan ramai dengan fungsi dan cara persembahan yang baru.
- Mod MASTER LEAGUE untuk mereka yang berminat dengan permainan kejurulatihan dengan sistem perpindahan yang diperbahurui di sampingĀ dengan perlawanan pra musim, temu bual pra perlawanan dan juga aksi di bilik loker.
Presentation Overhaul
- UI yang baru serta imej pemain sebenar untuk skrin gameplay dan myClub, tampil memberikan perasaan yang baru.
Integrasi Untuk PES LEAGUE
- Kini anda boleh bersaing dalam liga PES termasuk myClub, Random Selection Match dan Online co-op
https://youtu.be/jGgNxN0rQYw
Berkaitan
- Kini Teknologi AI Boleh Membalas Pesanan Untuk Anda
- Spesifikasi AMD Threadripper Generasi Ke-2 Disahkan Dengan Perbandingan Prestasi Bersama Intel Core-i9 8 Teras
- Razer Blade 2018, Tawaran Terbaru Untuk Pasaran Komputer Riba Premium Tahun Ini
- Xiaomi Mi 10T - Spesifikasi Terbaik Pada Harga Berpatutan
- Ura-ura Mengenai Spesifikasi Xiaomi Mi Max 3 Tular Di Weibo
- Oh Tidak.. MacBook Pro 2018 Hadapi Masalah Baharu, Kali Ini Berkenaan Pembesar Suara
- Alam Semulajadi Mungkin Telah Membantu Kita Dengan Menghantar Satu Spesis Serangga Hebat Ini
- Penggodam Mencuri Maklumat Rahsia Mengenai Pesawat Pejuang Dari Kontraktor Pertahanan Australia
- Malaysia Airlines Merupakan Syarikat Penerbangan Besar Pertama Menggunakan Teknologi Satelit Untuk Memantau Pesawat Mereka
- OnePlus Nord CE 5G Diumumkan, Ini Adalah Spesifikasinya