Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Toyota Dinobatkan Jenama Kereta Paling Dipercayai, Mercerdes-Benz Tercorot

Posted on November 21, 2022November 21, 2022

Consumer Reports mengeluarkan senarai jenama kereta dipercayai berdasarkan ujian dan data mereka dari tahun 2000. Tinjauan ini disertai oleh jurutera, wartawan, penyelidik dan para saintis.

Data dikumpul adalah daripada lebih 300,000 kenderaan daripada tahun 2000 hinggalah 2022 (juga model baharu untuk 2023).

Beberapa jenama bagaimanapun tidak disenaraikan ialah Alfa Romeo, Chrysler, Dodger, Fiat, Infiniti, Jaguar, Land Rover, Maserati, Mini, Mitsubishi, Polestar, Porsche and Rivian.

Hal ini adalah kerana kekurangan data atau model untuk diuji.

Jenama paling dipercayai

  1. Toyota
  2. Lexus
  3. BMW
  4. Mazda
  5. Honda
  6. Audi
  7. Subaru
  8. Acura
  9. Kia
  10. Lincoln
  11. Buick
  12. Genesis
  13. Hyundai
  14. Volvo
  15. Nissan
  16. Ram
  17. Cadillac
  18. Ford
  19. Tesla
  20. Chevrolet
  21. GMC
  22. Volkswagen
  23. Jeep
  24. Mercedes-Benz

Jenama Korea atau Jepun nampaknya mengambil 7 tempat daripada 10 teratas. Untuk jenama dari Amerika Syarikat pula, Lincoln menjadi yang teratas.

Ford pula naik 14 anak tangga berbanding tahun lalu. Jenama Jerman terkenal, Mercedes-Benz buat pertama kalinya menduduki tempat terakhir.

Mazda pula turun 2 anak tangga daripada tahun sebelumnya.

Sumber: Consumer Reportm, yahoo! Finance

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress