Penggunaan Tiktok ini mungkin antara strategi yang menarik untuk negara kita guna bagi mengajak pelancong hadir ke Malaysia bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.
Tanpa kita sedari, aplikasi TikTok ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan generasi remaja yang tinggal di Asia Tenggara dan Barat. Mungkin dengan cara ini juga, Tourism Perak akan meraih perhatian daripada pihak luar.
"Kerjasama bersama TikTok dengan melancarkan kempen dari semasa ke semasa akan menaikkan nama Perak di persada dunia," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing.
Selain itu, pihak Tourism Perak merancang untuk menghasilkan lebih banyak isi kandungan berbentuk digital untuk dipromosikan dalam pelbagai aplikasi media sosial, berikutan ramai pelancong kini fokus mencari maklumat di sana.
Weibo dan Wechat juga akan turut diguna pakai untuk mempromosi negeri Perak di pasaran China bagi membantu usaha pihak swasta mewujudkan penerbangan terus ke Ipoh dari Guangzhou, China.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Perbezaan Antara ROG Phone 2 Versi Malaysia Dan China (Edisi Tencent)
- Oppo A5 Dilancarkan Di China, Hadir Dengan Sokongan AI
- Baidu Tidak Gentar Jika Google Kembali Ke China
- Apple Menghentikan Aplikasi VPN Untuk App Store China
- E-Sukan Anjuran Negeri Perak Dapat Sambutan Kalangan Belia
- Kenapa Facebook Di Larang Di China- Ini Sebabnya
- AS Pertimbang Halang Syarikat Dari Menggunakan Peralatan 5G Dari China
- ASUS ROG Phone Mula Ditawarkan Dengan Harga Hampir Mencecah RM 8,000 Di China
- Lihat Bagaimana Restoran Di China Ini Menggunakan Sepenuhnya Robot Sebagai Pelayan
- Mahkamah China Memerintah Samsung Membayar $11.6 Juta Kepada Huawei