Touch 'n Go e-Wallet Beri RM5 Percuma Untuk Tambah Nilai RM20

Aplikasi Touch 'n Go sedia menawarkan beberapa promosi menarik untuk pengguna.  Antara promosi terbaru yang sedang dijalankan adalah pemberian pin tambah nilai percuma RM5 dengan pembelian pin tambah nilai minimum RM20 dalam satu resit dari rakan niaga yang mengambil bahagian.

Promosi ini akan berjalan bermula 15 Ogos 2019 dan akan tamat sehingga 14 Oktober 2019 atau terhad kepada 40,000 pin tambah nilai yang disediakan pada rakan niaga. Bermaksud promosi berakhir apabila kesemua pin tambah nilai ditebus pengguna atau tempoh promosi tamat (yang mana lebih awal).

Pin tambah nilai percuma RM5 tersebut akan dicetak pada resit tambah nilai yang pengguna beli. Ia hendaklah ditebus sebelum tarikh 18 November 2019. Rakan niaga yang terlibat adalah Giant, Watson, CARiNG Pharmacy dan G Ekspres Stores.

Sekira anda menggunakan aplikasi Touch 'n Go e-Wallet ini boleh membeli pin tambah nilai minimum RM20 melalui rakan niaga diatas dan nikmati pin tambah nilai percuma tersebut.

Sumber: TnG Digital