Touch n' Go Berkolaborasi Dengan Tealive, Bakal Beri Lebih Penjimatan Dan Promosi

Hari ini, Touch n' Go dan Tealive telah mengumumkan kerjasama yang bakal memberikan penawaran menarik untuk pengguna dan pembeli kedua-dua jenama terbabit.



Memacu kearah sistem pembayaran tunai yang lebih mudah, pembelian minuman kegemaran terpilih dari Tealive, menerusi e-Dompet Touch n' Go akan menawarkan lebih penjimatan diiringi dengan promosi-promosi yang sudah semestinya menarik untuk dinikmati pelanggan.

Turut diumumkan adalah promosi Raya Campaign yang mana pembeli boleh mendapatkan minuman Tealive kegemaran mereka pada harga RM2.50 sahaja.

Raya Campaign akan dimulakan pada 5 Mei 2019 dan bakal berakhir pada 15 Jun 2019, dimana ia hanya eksklusif untuk pembelian menggunakan e-Dompet Touch n' Go sahaja.

Jadi bagi pengguna e-Dompet Touch n' Go atau penggemar minuman Tealive bolehlah memanfaatkan kolaborasi ini dan nantikan promosi lain pada masa hadapan.