Sebelum ini aplikasi tersebut dituduh mengintip penggunanya.
Google secara diam-diam telah memasukkan semula aplikasi kontroversi, ToTok ke dalam Play Store selepas hampir sebulan aplikasi itu dibuang dari ditawarkan di stor mereka.
ToTok yang dibangunkan oleh pembangun dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini dituduh sebagai sebuah aplikasi intip yang menjejaki penggunanya.
Aplikasi tersebut didakwa mengakses data teks yang dihantar pengguna, mengutip data lokasi serta merakam audio menerusi peranti.
Berikutan tuduhan itu, ToTok menafikan dakwaan tersebut dan sudah berhubung dengan pihak Google bagi menyelesaikan isu ini.
ToTok adalah aplikasi sembang sosial alternatif kepada WhatsApp dan Skype yang membolehkan pengguna menghantar mesej teks, audio dan bergambar, membuat panggilan audio HD serta video HD berkumpulan sehingga 20 orang sekaligus.
Ia ditawarkan kepada pengguna peranti Android secara percuma yang boleh dimuat turun dari laman Google Play Store atau HUAWEI AppGalery (belum ditawarkan untuk pengguna peranti iOS buat masa ini).
Berkaitan
- Cara Daftar Aplikasi MySejahtera Di Telefon Pintar
- Google Akan Perkenalkan Ciri Penjejakan Terbaru Ke Atas Pengguna Pelayar Chrome
- Sebanyak 70 Aplikasi Popular Android Akan Tersedia Dipasang Ke Dalam Telefon Pintar Huawei
- Google Dilaporkan Memberikan Ganjaran Lebih Kepada Pengeluar Telefon Pintar Supaya Tidak Prapasang Aplikasi Pihak Ketiga Ke Dalam Peranti Mereka
- Tonton Trailer Awal Filem Yang Diadaptasi Dari 'Game' PlayStation
- 1 Daripada 5 Aplikasi Kanak-Kanak Di Google Play Store Didapati Melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Atas Talian
- Sahkan Dahulu Sesuatu Hadis Sebelum Sebar Dengan Aplikasi Semak Hadis
- Penyelidik Temui 5 Aplikasi Android Bawa Pelbagai Perisian Hasad Merbahaya
- Warga B40 Dan OKU Berdaftar Di Sabah & Sarawak Sudah Boleh Mengambil Dekoder Percuma MyFreeView Di Lokasi Terpilih
- 10 Aplikasi "Dating" Ini Paling Popular Di Malaysia Sepanjang Tahun 2021