Toshiba Lancar EFius - Fius Elektronik Yang Boleh Diguna Berulang Kali

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (Toshiba) telah melancarkan siri "RCKE8xx" yang merupakan IC eFius pertama mereka. Ia menyokong pelbagai fungsi yang diperlukan untuk melindungi litar dalam talian bekalan kuasa. IC eFius ini merupakan satu barisan yang terdiri daripada enam produk.

Kelebihan yang diberikan pada IC eFius adalah ia boleh digunakan secara berulang kali. Ia berbeza dengan fius konvensional seperti fius tiub kaca dan fius cip yang perlu ditukar apabila lebihan arus berlaku bagi melindungi litar talian elektrik.

Sekira terjadinya sesuatu yang tidak normal, IC eFius akan mematikan talian kuasa menggunakan litar mereka sendiri dan selepas itu ia boleh diset semula serta digunakan semula.

Selain daripada itu, kehadiran IC eFius ini akan mengubah reka bentuk litar yang kompleks kepada rekaan yang lebih mudah serta menjimatkan ruang.

Penggunaan IC eFius disasarkan penggunaannya pada produk seperti server, SSD, komputer riba, konsul permainan, peralatan realiti terimbuh, realiti maya dan lain-lain.

Sumber: Bernama