'Tony Stark' Terima Bayaran Gaji Sehingga 150 Kali Ganda Berbanding Filem Pertamanya

Kutipan Filem Avengers: Endgame sudah mengatasi filem Avatar.


Masih ada yang belum menonton filem paling hangat tahun 2019, Avengers: Endgame? Untuk pengetahuan anda, filem terbitan Marvel itu telah pun berjaya mengatasi kutipan filem Avatar.

Semakan terakhir di laman Box Office Mojo menunjukkan, filem Avengers: Endgame telah berjaya mengutip sebanyak USD2,797,800,564.

Sementara filem Avatar pula adalah sebanyak USD2,790,439,000.

Bayaran terhadap pelakon utama filem Avengers: Endgame itu pula iaitu Robert Downey Jr. dilaporkan telah menerima bayaran yang dianggarkan berjumlah sekitar USD75 juta (lebih daripada RM326,850,000).

Jumlah bayaran yang diterima oleh pemegang watak Tony Stark aka Ironman itu adalah termasuk gaji asas yang diterimanya iaitu USD20 juta.

Sebagai perbandingan, dalam filem Ironman yang diterbitkan pada tahun 2008 dahulu, gaji yang diterima beliau ketika memegang watak utama filem tersebut hanyalah sebanyak USD500,000 sahaja.

Sumber: Showbiz Cheat Sheet