Tonton Perlawanan Piala Dunia Dengan Hanya RM 1 Oleh Maxis

Dalam menantikan bahang Piala Dunia 2018 di Rusia, Maxis Berhad telah menawarkan siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018. Setiap perlawanan yang ditawarkan hanya akan dikenakan caj sebanyak RM 1.

Semua pengguna Maxis termausk Hotlink dan Hotlink Flex layak untuk menerima tawaran ini. Kesemua perlawanan yang ingin ditonton perlulah dibeli 3 jam sebelum perlawanan bermula.

Cara pembayaran perlu melalui aplikasi Maxis, Hotlink Red dan juga Hotlink Flex. Selepas itu, pengguna akan diberikan kod kupon dan juga SMS yang membolehkan mereka menonton perlawanan di aplikasi Astro Go atau laman sesawang Astro Go. Data yang digunakan untuk menstrim perlawanan bola juga tidak akan dikenakan sebarang caj.



Maxis juga menekankan sebarang bentuk caj akan dikenakan selepas pengguna menerima kod kupon tersebut. Mereka juga berkata tawaran ini hanya boleh dibuat untuk sesiapa yang berada di Malaysia sahaja.

Untuk mengetahui maklumat lanjut, layari laman sesawang Maxis.