Tonton Pelancaran OPPO Find X2 Dan Menangi OPPO Enco Q1 Bernilai RM399

Pelancaran global peranti flagship siri Find X iaitu OPPO Find X2 akan diadakan melalui acara dalam talian pada 6 Mac ini. Peranti ini hadir dengan paparan 120Hz, dijana oleh cip Snapdragon 865 yang menyokong SA/NSA dwi-mod 5G dan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.



Sempena pelancaran siri Find X2 5G, OPPO bakal mengadakan satu pertandingan dengan peluang memenangi sepasang OPPO Enco Q1 bernilai RM399. Untuk menyertai, tonton dan kongsi siaran langsung pelancaran siri OPPO Find X2 5G di Facebook rasmi OPPO pada 5.30 petang, 6 Mac ini.

Terdahulu, OPPO juga mengesahkan pelancaran jam pintar OPPO Watch pada tarikh yang sama.