Tonton Pelancaran AR OnePlus Nord Pada Malam Ini Melalui Beberapa Cara

Seperti yang diumumkan sebelumnya, peranti OnePlus Nord akan dilancarkan pada malam ini. Menariknya, selepas 5 tahun pelancaran OnePlus 2 yang diadakan dengan menggunakan teknologi VR, OnePlus kini akan memperkenalkan Nord melalui teknologi Augmented Reality (AR).

Sempena pelancaran yang diadakan pada 10 malam ini, terdapat beberapa cara untuk merasai pengalaman menonton pelancaran OnePlus Nord secara AR.

Penstriman langsung di laman OnePlus


Unbox Therapy akan mengadakan penstriman langsung pelancaran AR OnePlus Nord pada 10 malam melalui https://www.oneplus.com/global/nord/AR.

Penstriman langsung di Facebook OnePlus


Selain laman web OnePlus, penstriman langsung pelancaran AR OnePlus Nord juga boleh dilakukan melalui Facebook OnePlus Nord Malaysia menerusi https://www.facebook.com/oneplusmys/.

Menggunakan aplikasi OnePlus Nord AR




  • Muat turun aplikasi OnePlus Nord AR menerusi App Store atau Play Store.

  • Pasang aplikasi dan terima kebenaran yang diperlukan untuk pengalaman AR.

  • Buka aplikasi dan ikut arahan seterusnya untuk menetapkan avatar dan aplikasi.


Untuk menonton pelancaran AR menggunakan aplikasi OnePlus Nord AR, hanya perlu buka aplikasi pada 10 malam ini. Setelah itu, ikuti arahan pada skrin untuk memulakan pengalaman menonton dalam AR. Pengguna juga perlu memastikan sambungan internet dalam keadaan yang baik untuk mendapatkan pengalaman penstriman AR yang konsisten.

Menggunakan jemputan pelancaran OnePlus Nord AR


Pengguna yang memiliki jemputan fizikal AR boleh merasai pengalaman menggunakan OnePlus Nord melalui teknologi AR setelah acara pelancaran tamat.

cara tonton oneplus nord

Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di atas kadbod jemputan untuk memulakan pengalaman WEB AR. Ianya boleh dilakukan dengan mengguna aplikasi kamera pada peranti versi Android 9 dan 10, Google Lens atau mana-mana pengimbas kod QR.

cara tonton oneplus nord

Setelah melayari WEB AR, imbas jemputan AR untuk merasai pengalaman menggunakan peranti OnePlus Nord yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai OnePlus Nord, layari Instagram @oneplus.nord.my atau laman rasmi www.oneplus.com/global/nord-my.