Tonton Filem Secara Percuma Di 4 Laman Web Ini

Melanggan Netflix dan terpaksa membayar yuran langganan pada setiap bulan mungkin dianggap beban bagi sesetengah orang.

Tetapi bagaimana jika mahu menonton filem dan lain-lain rancangan atas talian secara percuma danĀ halal?

Jangan risau kerana walaupun tidak mempunyai bajet yang cukup anda boleh menonton filem, drama bersiri ataupun dokumentari menerusi penstriman dalam talian secara percuma di 4 laman web berikut.

 

Internet Archive



Menghimpunkan ribuan filem, dokumentari seperti propaganda Perang Dunia Ke-2 dan lain-lain lagi. Lebih kepada filem-filem klasik hitam putih.

Tubi TV



Laman ini menawarkan kandungan dari produksi ternama seperti Lionsgate, MGM dan juga Paramount. Daftar akaun secara percuma supaya anda mudah untuk simpan senarai filem kegemaran dan bertukar medium akses seperti dari laptop ke telefon pintar.

Popcornflix



Antara laman yang menyediakan penstriman filem percuma dengan antaramuka yang mesra pengguna. Anda mudah untuk membuat carian sama ada filem, rancangan TV dan yang paling menarik, tanpa perlu mendaftar akaun. Ia dimiliki oleh Screen Media Ventures yang menjana keuntungan menerusi paparan iklan di dalam kandungan.

Hotstar



Laman ini dimiliki oleh Star India dan ia menyediakan dua servis iaitu penstriman berbayar dan juga percuma. Jika terpapar perkataan "Premium" ia bermaksud anda perlu melanggan terlebih dahulu. Jika anda penggemar kepada filem dan siri TV hindi serta tamil, laman inilah tempatnya dan tidak juga ketinggalan filem Inggeris yang lain.

Klik pada nama untuk melayari laman web tersebut. Selamat menonton.