Tonton Beberapa Tayangan Netflix Dengan Akses Percuma Tanpa Langganan

Netflix kini menawarkan akses tontonan percuma untuk beberapa tayangan filem dan siri. Akses tersebut tersedia dalam tempoh yang terhad sebagai langkah untuk menarik lebih ramai pengguna bagi melanggan platform penstriman itu.

Tontonan percuma tersebut boleh diakses tanpa langganan atau log masuk akaun. Dengan akses ini, pengguna boleh menonton filem secara penuh dengan semua pilihan bahasa, manakala untuk rancangan TV hanya boleh diakses bagi episod pertama sahaja.
Netflix percuma

Antara tayangan yang ditawarkan termasuk Strangers Things, Bird Box, Grace and Frankie, Murder Mystery, Two Popes, dan lain-lain.

Dari segi sokongan peranti pula, ianya hanya boleh diakses melalui pelayar di Windows PC, Mac serta peranti Android. Bagaimanapun, peranti seperti iOS dan TV pintar tidak menerima sokongan akses percuma ini.

Bagi anda yang ingin menonton beberapa tayangan Netflix ini, akses percuma tersedia secara global melalui netflix.com/watch-free.

Sumber: Gadgets360