Tonjolkan Kreativiti Fotografi Dan Berpeluang Memenangi HONOR 20 Melalui Peraduan #DayNight

Jenama HONOR baru-baru ini mengumumkan bahawa pihak mereka mengadakan satu peraduan fotografi #DayNight untuk memberi peluang kepada peserta bagi mempamerkan kreativiti dan kemahiran fotografi mereka melalui pengalaman dan cerita-cerita menarik.

Bermula sejak 4 Oktober lalu sehingga 4 November 2019, pengguna dengan mana-mana telefon pintar boleh menghantarkan penyertaan bagi merebut peluang untuk memenangi sebuah HONOR 20, HONOR 10 Lite atau tiga (3) buah HONOR Band SS.



Jadi, kepada peserta yang ingin mengambil bahagian, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah ini:

  • Hasilkan tangkapan gambar di siang hari, malam mahupun gabungan foto tersebut

  • Kongsikan di akaun Instagram dan/atau Facebook anda

  • Pastikan akaun anda diletakkan pada tetapan "tatapan umum"

  • Jangan lupa untuk sertakan sekali tanda pagar #DayNight dan #HONOR20Series dan juga boleh tag  HONOR Malaysia di Instagram dan/atau Facebook


Peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. HONOR Malaysia akan mengumumkan lima (5) pemenang bertuah di laman Facebook mereka seawal-awalnya pada 8 November 2019 nanti.

Pengguna telefon pintar HONOR 20 Pro bolehlah mengambil peluang ini untuk memanfaatkan kuad kamera yang dimiliki peranti mereka yang dilengkapi dengan kamera IMX Sony IMX586 48MP AI Quad kamera utama 48MP, kamera 16MP Super Wide-Angle, kamera telefoto 8MP dan kamera Macro 2MP.

Ia juga mempunyai aperture f / 1.4 yang dilengkapi dengan ISO 204,800 yang mampu menghasilkan gambar berkualiti ketika keadaan kurang cahaya. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila lihat di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.