Bermula sejak 4 Oktober lalu sehingga 4 November 2019, pengguna dengan mana-mana telefon pintar boleh menghantarkan penyertaan bagi merebut peluang untuk memenangi sebuah HONOR 20, HONOR 10 Lite atau tiga (3) buah HONOR Band SS.
Jadi, kepada peserta yang ingin mengambil bahagian, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah ini:
- Hasilkan tangkapan gambar di siang hari, malam mahupun gabungan foto tersebut
- Kongsikan di akaun Instagram dan/atau Facebook anda
- Pastikan akaun anda diletakkan pada tetapan "tatapan umum"
- Jangan lupa untuk sertakan sekali tanda pagar #DayNight dan #HONOR20Series dan juga boleh tag HONOR Malaysia di Instagram dan/atau Facebook
Peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. HONOR Malaysia akan mengumumkan lima (5) pemenang bertuah di laman Facebook mereka seawal-awalnya pada 8 November 2019 nanti.
Pengguna telefon pintar HONOR 20 Pro bolehlah mengambil peluang ini untuk memanfaatkan kuad kamera yang dimiliki peranti mereka yang dilengkapi dengan kamera IMX Sony IMX586 48MP AI Quad kamera utama 48MP, kamera 16MP Super Wide-Angle, kamera telefoto 8MP dan kamera Macro 2MP.
Ia juga mempunyai aperture f / 1.4 yang dilengkapi dengan ISO 204,800 yang mampu menghasilkan gambar berkualiti ketika keadaan kurang cahaya. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila lihat di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
Berkaitan
- Berbaloi Ke Beli Honor Band 4?
- 4 Pemain Profesional PUBG Dihukum Kerana Ditangkap Menipu Dalam National PUBG League
- 6 Produk Apple Yang Gagal.
- 5 Sebab Kenapa Perlu Beli Honor 8X
- OnePlus Hadir Dengan Program Percubaan Beta Untuk Kemaskini OxygenOS
- (Video) Rakaman Video Dalam Air Dilakukan Menggunakan Mate 20 Pro
- Oppo R17 Pro Bakal Disokong Oleh Tri-Kamera Utama Dengan Fungsi Sama Seperti Galaxy Note 9
- Vivo V15 Pro : Peranti Tanpa Bezel dengan Kamera Selfie Pop-up
- OPPO F11 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Ini
- Sistem Cip Kirin 990 Mungkin Dilancarkan Sebelum April 2019