TOMAZ Kini Membuka Pra-Tempah Meja Gaming Eksklusif Bermula RM329

TOMAZ merupakan syarikat fesyen yang popular dengan produk kulit seperti kasut. Mereka juga sebelum ini pernah tular disebabkan pra-tempah kerusi gaming yang mampu milik.

Terkini, mereka datang lagi melengkapkan aksesori gaming tersebut dengan sebuah meja. Menariknya konsep pemasaran adalah sama iaitu dijual dengan harga mampu milik dalam unit terhad.



Menurut laman rasmi TOMAZ, harga asal meja tersebut adalah RM999, namun ia boleh didapati dengan harga serendah RM329 untuk 100 unit pertama. Kemudiannya, harga dinaikkan sedikit kepada RM369 namun unit yang dijual lebih banyak iaitu 700 unit.



Untuk 1000 unit seterusnya, ia dijual pada harga RM399, dan harga paling terakhir yang anda boleh dapat adalah RM499 untuk 1000 unit juga.



Mengenai spesifikasi dan butiran meja, ia hadir dengan rekaan gaming hitam dalam dimensi 140cm panjang, 75cm tinggi, dan 60cm lebar. Melihat gayanya anda boleh memuatkan sehingga 3 monitor di atas meja tersebut.



Terdapat ciri menarik seperti lubang untuk pengurusan kabel, tempat gantung fon telinga, dan juga bekas simpan cawan. Seperkara lain adalah rekaan fiber karbon serta berat keseluruhan 25kg.

Ia juga dilengkapi dengan pad tetikus besar yang melitupi keseluruhan meja. Ia dipotong tepat dan unik mengikut keseluruhan segi meja serta mempunyai logo TOMAZ besar berwarna merah.



Untuk pra-tempahan, anda akan menerima meja ini pada 1 November. Ini merupakan pra-tempahan kumpulan pertama, jadi kemungkinan kumpulan kedua akan hadir pada waktu lain yang akan datang.

Maklumat lebih lanjut mengenai tempahan meja gaming ini, boleh ke laman rasmi TOMAZ di pautan di bawah ini:

https://invol.co/clu7iw