Tomaz Blaze X Kini Dijual Pada Harga Promosi RM399

Bila dengar jenama Tomaz perkara pertama hadir dalam kepala anda sudah semestinya pilihan kasut-kasut kulit, serta pakai formal yang lain. Tetapi mungkin anda terlepas pandang kerana Tomaz turut menawarkan kerusi permainan yang dipanggil sebagai Tomaz Blaze X.

Tomaz Blaze X

Diperbuat daripada PU leather, ia boleh dilaras dari sudut 90' darjah sehingga 135' darjah mengikut keselesaan anda. Boleh laras ketinggian, ia juga mempunyai bahagian untuk merehatkan kaki yang ditarik dari bahagian bawah.



Bahagian tapaknya diperbuat daripada logam tahan lasak dan anda bebas berpusing sehingga 360' darjah.

Tomaz Blaze X

Sekiranya anda mengimpikan kerusi permainan yang selesa pada harga berpatutan, ia kini ditawarkan pada harga promosi iaitu RM399. Harga asal bagi kerusi permainan ini adalah RM599. Tawaran promosi ini akan tamat pada 30 Jun 2020.

Pra-tempah boleh dilakukan sekarang dan penghantaran akan dibuat pada 1 Ogos 2020. Untuk beli Tomaz Blaze X boleh tekan pautan ini - https://invol.co/clodgo.