Tom Cruise Dan Elon Musk Rancang Untuk Berlakon Filem Aksi Di Ruang Angkasa

Pelakon popular Tom Cruise sudah membina karier dan reputasinya dalam filem aksi dengan melakukan sendiri babak lasak secara sendiri. Untuk berita terbaharu mengenai pelakon ini, terdapat laporan mengatakan bahawa beliau mahu akan berlakon secara langsung di ruang angkasa dalam sebuah filem aksi.

Tom Cruise dan Space X, syarikat milik Elon Musk dikatakan telah bekerjasama dengan NASA untuk filem ini. Ini bakal menjadikannyafilem pertama yang akan dilakonkan di angkasa lepas dalam sejarah manusia.

Projek filem ini kelihatannya masih berada dalam fasa awal, dan masih belum tiada studio filem yang mengurusnya. Berkenaan Elon Musk pula, beliau juga turut sama akan berlakon dalam filem ini namun masih belum dapat dipastikan watak jenis apa yang akan digalasnya.

Elon Musk bukanlah asing dalam industri perfileman kerana sebelum ini pun sudah membuat kemunculan dalam filem Iron Man 2, Rick and Morty, dan South Park.

Filem aksi berlatar belakangkan angkasa lepas ini masih belum lagi mendapat tarikh tayangan disebabkan masih lagi dalam fasa perancangan.

Sumber: Fox Business

Berkaitan