Tokyo Kini Mempunyai Pelindung Gergasi Mereka

Tokyo mungkin merupakan satu-satunya bandar metropolis di dunia ini yang mempunyai robot gergasi Gundam yang mengawasi bandar mereka.

Satu patung yang berasaskan RX-0 Unicorn Gundam telah membuat penampilan pertama di DiverCity Mall di Tokyo, Jepun.

Robot itu yang berdimensi 19.7 meter tinggi itu lebih tinggi dari satu lagi patung robot Gundam yang terletak di Tokyo Mall. Gundam terbaru itu menampilkan rekaan yang lebih rumi dengan plat baju besi yang lebih tebal.

Robot besar itu akan memancarkan cahaya merah jambu apabila berada dalam mod 'Destroy' dan warna hijau untuk mod 'Awakening'.

 

Berkaitan