Tnc Merupakan Pasukan Pertama Dari Sea Layak Ke TI 7 Diikuti Fnatic

Pasukan profesional Dota 2 dari Filipina, Tnc telah mengesahkan tempat mereka di kejohanan TI 7 selepas mengalahkan Fnatic dalam perlawanan yang cukup dominan.

Tnc telah memban Necrophos, Bloodseeker dan juga Venomancer, satu pilihan yang dilihat janggal namun itulah senarai hero yang selalu Fnatic gunakan dalam kelayakan mereka ke TI.

Fnatic menampilkan Bristleback di bahagian offlane dan Tnc bertindak balas dengan memilih Drow Ranger bersama 2 core range yang lain, Puck dan Queen Of Pain bagi memanfaatkan aura drow.

Hasilnya Puck berjaya memusnahkan lane tengah dan medominasi QO dengan Outworld Devourer nya.



Fnatic pula diberi laluan sukar setelah kalah di tangan Tnc dan terpaksa bertarung dengan pasukan lain bagi menempah tiket TI 7 mereka.

Mereka kemudian mengalahkan Execretion dengan kemenangan 2:0 dan layak ke peringkat akhir dan bertemu Clutch Gamers.

Fnatic mengetepikan pasukan dari Malaysia itu dengan kemenangan 2:0 dan layak untuk kejohanan tahunan TI di Seattle, Amerika Syarikat.

Kini tinggal satu slot lagi untuk pasukan dari rantau SEA untuk mendapatkan tempat mereka di TI 7 dan saingan dilihat sengit antara Clutch Gaming, XctN dan juga Mineski