Semak Bil TNB Secara Online Guna Aplikasi Dan Web

Hari ini merupakan hari ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung dan ia masih berbaki lagi 2 minggu menerusi lanjutan yang diumumkan tempoh hari. Ekoran daripada larangan keluar rumah tersebut, sebahagian besar perkhidmatan hanya dijalankan secara dalam talian sahaja.

Salah satu daripadanya adalah pembacaan meter elektrik oleh TNB dimana tiada bil bercetak semasa tempoh PKP. Langkah ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB.

Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula dari 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.

Untuk panduan menggunakan aplikasi myTNB, boleh lihat artikel ini - Pantau Dan Bayar Bil Elektrik Lebih Mudah Dengan Aplikasi myTNB.

Selain itu, bil baru akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya. Contohnya, jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil terbaharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama, RM100. Amaun bil tersebut akan diselaraskan semula setelah kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas PKP tamat.



Pelanggan yang dihormati,

Demi keselamatan anda dan warga kerja TNB semasa #PerintahKawalanPergerakan, operasi bacaan...

Posted by TNB Careline on Friday, March 20, 2020


Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai perkhidmatan TNB boleh hubungi mereka pada talian 1-300-88-5454 atau hantarkan email ke [email protected].

Sumber: TNB