TNB Rancang Tawar Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Di Negeri Perak

Mula terlibat dalam projek rintis internet berkelajuan tinggi (NFCP) yang berjalan di beberapa lokasi di Melaka, Tenaga Nasional Berhad kini dilaporkan mahu meluaskan lagi penawarannya itu ke utara tanah air.

Difahamkan, TNB telah menghantar cadangan mengenai perkara itu kepada kerajaan Negeri Perak dan hasil keputusan akan dimuktamadkan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Selain memberikan kemudahan akses kepada internet lebih pantas menerusi penggunaan fiber optik dan sambungan tanpa wayar, projek NFCP juga dilihat mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Perak dengan menarik lebih ramai pelabur.

Melalui cadangan ini juga, ia dapat membawa perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar dengan infrastruktur dari TNB, sepertimana yang dilakukan di Melaka. Projek ini berkemungkinan akan dimulakan pada tahun ini.

Terdahulu, projek rintis jalur lebar berkelajuan tinggi di Melaka telah ditawarkan di empat kawasan, kuarters polis Jasin, Taman Merbau Perdana, Taman Maju dan Felda Kemendor dengan kerajaan, TNB dan beberapa pengendali rangkaian  lain bekerjasama dalam menjayakannya.

Sumber: The Star