TNB Mungkin Akan Ada Pesaing Sebagai Pembekal Elektrik Di Semenanjung

Umum mengetahui Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan pembekal elektrik tunggal yang menguasakan seluruh semenanjung Malaysia. Perkara ini berkemungkinan akan berubah tidak lama lagi selepas kerajaan dilaporkan sedang membuat kajian bagi memberi laluan pembekal baru menawarkan perkhidmatan tersebut.

Menurut jawapan bertulis Kementerian Tenaga, Saing, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklam pada persidangan parlimen 3 Julai lalu, kementerian itu sedang penelitian dan kajian dijalankan untuk membuka sektor peruncitan elektrik dalam negara.

Hal ini membolehkan pengguna mempunyai lebih pilihan dan tidak hanya terhad kepada satu pembekal sahaja. Disamping itu, ia turut diharapkan untuk memberikan kadar tarif yang lebih kompetitif kepada pengguna. Pembentangan hasil kajian dijangka akan dibuat kepada jemaah menteri tidak lama lagi.

Sumber: MalaysiaKini