TNB Bakal Umum Maklumat Lanjut Mengenai Projek Jalur Lebar Pada Januari 2019

Seperti yang kita tahu, Tenaga Nasional Berhad atau TNB dikatakan sedang dalam perancangan untuk memasuki pasaran perkhidmatan jalur lebar tidak lama lagi.

Membincangkan mengenainya, Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Izman Mohd memberitahu sumber bahawa kita akan mendengar lebih banyak maklumat tentang projek itu pada Januari nanti.

TNB ketika ini sedang menjalankan satu projek rintis National Connectivity Plan di Melaka sejak beberapa bulan yang lalu.

https://twitter.com/pos4you/status/1069537440551993344

Pihak Pos Malaysia Jasin sebelum ini telah menjadi antara yang terawal mencuba perkhidmatan jalur lebar TNB ini, dan hasilnya mereka memperolehi kelajuan muat turun sehingga lebih 935 Mbps.

Menurut pihak TNB lagi, projek rintis boleh dikatakan sangat berjaya dan turut mengesahkan bahawa tiada lagi projek rintis lain yang akan dijalankan selepas ini.

 

Berkaitan