TM Unifi Nafi Sekat Pelayan Permainan Dari EA, Ubisoft Dan PlayStation Network

Baru-baru ini, terdapat sebilangan pengguna melaporkan kesukaran untuk mengakses permainan dari pelayan EA, Ubisoft, dan PlayStation Network. Disebabkan ramai pengguna yang memainkan permainan tersebut datangnya dari pelanggan TM Unifi, ia menampakkan seolah-olah penyedia internet tersebut yang menyekat permainan-permainan itu.

Semalam TM Unifi telah pun memuat naik kenyataan rasmi melalui Twitter bahawa terdapat kekeliruan mengenai isu ini. Menurut TM, mereka menjelaskan mereka tidak menyekat langsung pelayan permainan tersebut. Tambahan lagi, rangkaian mereka mengutamakan keperluan pemain dan tiada sebab untuk menyekat pelayan permainan.

https://twitter.com/unifi/status/1229728479194664960

Sekurang-kurangnya dengan kenyataan TM Unifi ini, segala cercaan dan keluhan akan disalurkan kepada saluran yang sebetulnya iaitu pelayan permainan, bukannya TM Unifi itu sendiri.

Jika anda mengalami masalah kesukaran untuk mengakses permainan, digalakkan untuk bertanyakan terus isu ini kepada pelayan permainan tersebut. Adalah digalakkan juga untuk melawat laman komuniti Unifi, di mana kemungkinan ada penyelesaian untuk masalah yang anda hadapi.

Sumber: TM Unifi

Berkaitan