KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mengulangi komitmennya untuk menangani isu Streamyx yang dihadapi pelanggannya dengan cara yang lebih komprehensif.
Syarikat utiliti itu berkata, pelaburan yang berterusan sudah dibuat bagi meningkatkan rangkaian gentian dan tembaganya sejak beberapa tahun lalu bagi memberikan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan liputan seluruh negara yang lebih luas di sebalik keterbatasan teknologi yang dihadapi rangkaian lama tembaganya.
“Liputan perkhidmatan LTE 4G kami pada masa ini melebihi 77 peratus populasi di kawasan bandar serta luar bandar dan bersama rakan niaga kami, melengkapkannya dengan 90 peratus liputan perkhidmatan 3G.
“Bagi membolehkan mudah alih yang lebih selesa, syarikat juga meningkatkan liputan Wifi dan kualiti perkhidmatan dengan lebih 12,000 hotspots di seluruh negara sehingga kini,” kata TM dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat telekomunikasi itu menjelaskan bahawa, naik taraf kelajuan unifi mudah untuk dilaksanakan kerana ia menggunakan gentian dan syarikat pada masa ini memberikan tumpuan kepada Streamyx dan pelanggan jalur lebar bangunan tinggi bagi meningkatkan pengalaman mereka melalui Pelan Peningkatan Jalur Lebar, yang bermula pada 2016.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Unifi, Imri Mokhtar, berkata lebih 340,000 pelanggan yang tinggal di kawasan jalur lebar gentian masih belum menjadi sebahagian 1.26 juta komuniti unifi.
“Sehingga kini, kami berjaya menaik taraf hampir 50 peratus pelanggan ini kepada unifi tanpa tambahan kos terhadap bil semasa mereka. Kami menggesa pelanggan selebihnya untuk mengambil peluang ini dan menyelesaikan naik taraf unifi menjelang Mac 2019.
Imri berkata, keterbatasan tembaga lebih jelas kepada pelanggan Streamyx, dengan 8 Mbps adalah kelajuan jalur lebar terbaik yang dapat diberikan hari ini.
“Kami menghargai kepercayaan dan penghargaan pelanggan setia dan juga kesabaran serta memahami, Jika secara teknikalnya membenarkan, kami akan meningkatkan sekali ganda kelajuan Streamyx tanpa kos tambahan terhadap bil jalur lebar semasa.
“Hampir 180,000 pelanggan Streamyx boleh mengharapkan naik taraf percuma ini,” tambahnya.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Infrastruktur Jalur Lebar Malaysia Dinaik Taraf, Kemudahan Internet Akan Menjadi Pantas Tidak Lama Lagi
- Ibu Pejabat Razer Di Malaysia Kini Rasmi, Bakal Kembangkan Razer Pay Dan Arena E-Sukan Tempatan
- Siri OPPO Reno2 Rasmi Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1599
- Redmi 7A Dilancarkan Untuk Malaysia Dengan Harga Dari RM399
- Kedai Serbaneka Tanpa Kaunter Tunai Pertama Malaysia Akan Dibuka Di Subang Jaya
- ASUS ROG Phone Bakal Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi
- Mi Malaysia Bawa Masuk Mi A2 Dan Mi A2 Lite Pada 3 Dan 18 Ogos Ini
- Pengguna Samsung S9 Dan S9+ Malaysia Mula Terima Kemaskini Android Pie
- GoPro Hero5 Black dan Hero5 Session Mula Di Pasarkan Di Malaysia Minggu Hadapan
- ASUS Zenfone 3 Deluxe Kini Memasuki Pasaran Malaysia