TM Tawar Naik Taraf Kelajuan Dengan Tambahan RM10

Akhir-akhir ini,TM menjadi sebut-sebutan dengan hadirnya beberapa promosi. Terbaru, difahamkan bahawa syarikat itu menawarkan naik taraf kelajuan kepada pengguna UniFi sedia ada dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM10.

Berdasarkan laporan dari laman Lowyat.net, terdapat dua versi promosi yang hadir. Versi yang pertama dipetik dari SoyaCincau, naik taraf kelajuan ini ditawarkan kepada pelanggan UniFi sedia ada yang terpilih sahaja.

Untuk mengetahui sama ada anda terpilih atau tidak, TM akan menghantar mesej tawaran naik taraf kepada anda, dan meminta untuk menghubungi talian 100 ataupun berkunjung ke TM Point berhampiran.



Bagi versi kedua pula diperolehi dari Forum Lowyat.net, ia dikatakan ditawar kepada pengguna baru sepertimana yang terkandung seperti imej dibawah. Dilihat naik taraf boleh dinikmati dengan tambahan RM10 kepada bil bulanan tetapi tidak dinyatakan pula harga sebenar pakej tersebut.



Terdapat persamaan terma dan syarat antara tawaran kali ini dengan kempen Bonanza yang tertiris beberapa minggu lalu iaitu dari segi harga yang mana harga promosi itu hanya sah selama 24 bulan langganan. Selepas dari tempoh itu, harga akan bertukar kembali kepada kadar yang asal.

Sumber: Lowyat.net