TM Tawar Internet Percuma Melalui Pemancar 5G Di Pusat Kuarantin Covid-19

Selepas ujian 5G besar-besaran di Langkawi, TM baru-baru ini meneruskan ujian capaian rangkaian tersebut dengan menempatkan pemancarnya di pusat kuarantin Covid-19 ketika PKP.

Terdapat dua pusat kuarantin tersebut iaitu MAEPS Serdang dan juga Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Sungai Buloh. Melalui pengumuman TM di laman rasmi mereka, pemancar 5G tersebut digunakan oleh para petugas dan kesemua pengguna dalam bentuk capaian internet Wi-Fi secara percuma.

TM-Pusat-Covid-19 7.jpeg

 

Sebanyak 50 unit terminal Fixed Wireless Access telah diletakkan di setiap kawasan pusat kuarantin dengan kelajuan 500Mbps. Ini adalah untuk memastikan para pengguna kekal berhubung dengan internet dari segi komunikasi dan berita terkini serta membantu pesakit terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan ketika dikuarantin.

TM-Pusat-Covid-19 6.jpeg

Sumber: TM

Berkaitan