Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Terima 2 Lagi Anugerah Inovasi Antarabangsa

TM Sekali Lagi Cemerlang Di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021

Diterbitkan Mei 22, 2021 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Berhad (TM) meneruskan kecemerlangan mereka apabila berjaya meraih  anugerah dalam Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021.

Ia dicapai melalui unit inovasinya iaitu TM Research & Deve­lopment (TM R&D) di mana mereka berjaya memenangi Anugerah Te­lekomunikasi Kecerdasan Buatan (AI).

Anugerah yang disam­paikan oleh Singapore Business Review itu diberikan sebagai pengiktirafan atas pencapaian syarikat telekomunikasi itu dalam membangunkan Patrol sebagai bukti fungsi untuk penyelidikan khususnya bagi pengesanan pembinaan secara automatik menggunakan dashcam kende­raan dan menghasilkan sistem amaran awal menggunakan teknologi kepintaran buatan dan algoritma pembelajaran mesin.

Anugerah ini juga merupakan yang kali ke-4 diterima oleh TM R&D dalam Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia.

TM berkata, mereka amat berbangga dengan anugerah tersebut sekaligus meningkatkan lagi semangat mereka untuk terus mengukuhkan penguasaan mereka dalam penyelidikan dan pembangun dam industri ini.

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY