TM Mula Tingkatkan Kelajuan Streamyx Sehingga 100Mbps, Jom Semak Kelajuan Pelan Streamyx Anda

Berita mengenai kelajuan Streamyx akan dipertingkatkan telahpun bermula sejak Julai yang lalu.

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk peningkatan yang diberikan tetapi ia berbeza dari segi ketersediaan infrastruktur dikawasan anda.



Menurut paparan dari laman TM, pengguna Streamyx yang berada dikawasan perumahan "landed" dengan rangkaian Unifi boleh mendapatkan kelajuan sehingga 100Mbps.

Sementara itu, bagi pengguna yang duduk diperumahan seperti kondominium, apartment serta bangunan tinggi lain dan mempunyai rangkaian Unifi hanya mendapat kelajuan sehingga 30Mbps.

Bagi pengguna Streamyx dan kawasan perumahan anda tiada rangkaian Unifi, pelan internet anda akan ditingkatkan kepada 8Mbps sahaja.

Untuk menyemak pelan Streamyx anda, bolehlah layari laman Unifi ini.

Sumber: Lowyat.net