TM telah dianugerahkan sebagai pemenang bagi kategori Pengurusan Kanan Sokongan Perhubungan Pelabur Terbaik dan Laporan Tahunan Terbaik.
Malah turut tersenarai sebagai tiga teratas dalam kategori Polisi Dividen Paling Konsisten dan Tanggungjawab Sosial Korporat yang Strategik.
TM dalam satu kenyataan media mereka menyatakan bahawa, kemenangan yang dicapai itu menjadi bukti kepada komitmen teguh TM dalam mengamalkan pengurusan kewangan yang kukuh dan juga tadbir urus korporat serta perhubungan pelabur yang baik.
TM memaklumkan mereka tetap fokus untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka agar terus kekal dan terus mencipta nilai buat pemegang-pemegang saham walaupun TM berdepan cabaran tidak dijangka susulan pandemik global Covid-19.
Malah TM akan terus melangkah ke hadapan dan akan terus komited dengan peranan pembinaan negara sebagai pemacu aspirasi Digital Malaysia.
Berkaitan
- TM Bangunkan Sistem Pengesanan Haba Awal Bagi Mengimbas Orang Ramai
- "Anda Pemenang Wang Tunai RM270 Ribu Dari TM". Percayalah Sangat
- TM Sekali Lagi Cemerlang Di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021
- TM Mempunyai Perancangan Terperinci Untuk Memberi Dan Meningkatkan Jangkauan Sambungan Internet Di Seluruh Malaysia
- KTM Business Class Akan Mula Beroperasi Pada 11 Oktober 2019
- TM Dan Astro Berkolaborasi Menyediakan Pengalaman Digital Berkualiti Tinggi
- TM Menang Anugerah Rangkaian Komunikasi Di Putra Brand Awards 2023
- TM Kembali Sebagai Rakan Rasmi Teknologi FAM
- TM Dan Telefónica Tech Bekerjasama Membina Program Keselamatan Siber
- TM Hanya Akan Melayan Keperluan Kritikal Sahaja Bagi Pelanggan Di Zon PKPD Dan HSO