Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
102440 (10)

TM Menaik Taraf Perkhidmatan Internet Di 3 Kampung Di Sarawak

Diterbitkan Januari 6, 2021 oleh ariff bukhari

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi TM Sarawak baru-baru ini telah menaik taraf perkhidmatan di 3 kampung di Sarawak iaitu Kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Surabaya (Kpg BGS).

Naik taraf itu membolehkan para penduduk di kampung tersebut menikmati sambungan rangkaian internet berkelajuan tinggi.

Sempena kejayaan naik taraf itu juga, satu program istimewa turut diadakan yang dinamakan “Juh Tukar Ke unifi @ Tebingan Sungai BGS” telah diadakan.

Program tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Haji Junaidi. Berucap merasmikan program itu, beliau berharap dengan naik taraf rangkaian internet berkelajuan tinggi di 3 kampung ini, ia akan dapat membantu meningkatkan industri tempatan di Sarawak.

TM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa merka akan terus menaik taraf infrastruktur rangkaian internet di negeri Sarawak bagi memenuhi permintaan penduduk yang mahukan sambungan jalur lebar Unifi.

Sumber: TM 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY