Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TM Memasang Sistem EWAR Untuk Sebuah Sekolah Swasta Di Johor

TM Memasang Sistem EWAR Untuk Sebuah Sekolah Swasta Di Johor

Diterbitkan November 2, 2020 · Dikemas kini November 2, 2020 oleh ariff bukhari

TM menerusi cabang Penyelidikan dan Pembangunan mereka, TM R&D memaklumkan bahawa mereka telah memasang sistem Early Warning, Alert & Response atau “EWAR” di Orbix International School (Orbix)

Orbix merupakan sebuah sekolah swasta antarabangsa yang terletak di Muar, Johor.

EWAR merupakan penyelesaian pengesanan suhu tanpa sentuh yang dipacu oleh Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence – AI) yang dibangunkan secara dalaman oleh TM R&D.

Dengan EWAR, Prosedur Operasi Standard (SOP) proses penyaringan suhu dalam kalangan pelajar, guru dan pelawat boleh dilakukan secara digital sepenuhnya.

“We truly believe that deploying the EWAR Compact at schools or any educational institutions can provide students and teachers with a near-normal return to school experience as possible. We hope that this effort can encourage other schools and educational institutions to install EWAR Compact and simplify the adoption of the new SOPs in our battle against COVID-19.” Dr. Sharlene Thiagarajah, Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D.

Menurut TM, ketepatan EWAR dalam mengesan suhu adalah antara +/- 0.3℃, kepantasan pengesanan (~1 saat) dan menyokong ciri arahan suara. Selain itu, EWAR juga mampu mengecama wajah berasaskan AI.

TM menyatakan bahawa mereka amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan institusi pendidikan seperti Orbix bagi melaksanakan penyelesaian yang kos efektif dan inovatif sebagai tindak balas terhadap protokol keselamatan yang diperlukan.

TM juga amat yakin dengan pemasangan EWAR Compact di sekolah-sekolah atau mana-mana institusi pendidikan lain akan dapat memberikan para pelajar dan guru-guru pengalaman kembali ke sekolah yang hampir sama seperti yang dirasai sebelum ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY