TM Melaksanakan Operasi Ops Kabinet




Berikutan situasi beberapa kawasan di daerah negeri Pahang yang telah dilanda bencana banjir, TM melalui TM Pahang dengan gabungan kerjasama dua anggota NMO dan tiga anggota Pakar Semboyan TM telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan Ops Kabinet.

Ops Kabinet dilaksanakan bagi operasi menyelamatkan dan melindungi peralatan-peralatan telekomunikasi TM yang ditenggelami air ekoran bencana banjir tersebut.

Antara lokasi terawal yang dituju adalah di Taman Mentakab Indah dan Kampung Batu Kapur, Mentakab, Pahang.

Di daerah Maran pula, pasukan TM telah bertindak membersihkan peralatan komunikasi TM di Taman Sri Chendong dan Taman Sri Keramat, Maran.

Aktiviti membersihkan dan membaikpulihkan peralatan yang rosak diadakan sejurus banjir di lokasi terbabit surut sepenuhnya.

Sementara itu, bagi membantu Warga TM Pahang yang terjejas akibat banjir di Kuala Lipis pula, TM memaklumkan ZBC Pahang Utara telah mengambil inisiatif proaktif dengan menyalurkan bekalan makanan sebagai bantuan awal kepada anggota dan keluarga angota dan komuniti yang terputus bekalan makanan di Taman Cheneras Indah, Kuala Lipis, Pahang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut memaklumkan bahawa penyedia perkhidmatan komunikasi lain juga telah menyediakan pelan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Sumber: TM